fbpx
Tangkap layar menunjukkan jemaah lelaki melihat keadaan imam yang terbaring di atas sejadah. - Instagram

Imam rebah semasa pimpin solat subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang imam di Depok, wilayah Jawa Barat meninggal dunia ketika sedang memimpin solat subuh di sebuah masjid, lapor portal berita Okezone.

Kejadian berlaku di Masjid Baitur Rahman kelmarin.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsi di platform Instagram oleh akaun @depok24jam menunjukkan imam itu tiba-tiba rebah semasa duduk antara dua sujud bagi rakaat kedua.

Jemaah segera memberikan bantuan dan membawanya ke klinik berhampiran, namun dia disahkan meninggal dunia.

Rakaman itu mencatatkan lebih 286,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.

“Kematian yang dicemburui oleh umat Islam,” kata seorang netizen.

“Impian orang beriman,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN