fbpx
MD. AMIN (lima dari kiri) pada majlis Sesi Serahan Sumbangan kepada Jemaah Haji UPSI bagi tahun 2026 di Bangunan Canselori, UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di Tanjung Malim hari ini.

Kakitangan UPSI terpilih haji terima sumbangan RM2,500 seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Seramai 10 kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini menerima sumbangan sebanyak RM2,500 seorang.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff, sumbangan Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI itu sebagai tanda sokongan dan keprihatinan universiti tersebut.

“Seramai 10 jemaah haji telah menerima sumbangan sebanyak RM2,500 sebagai saguhati sebagai simbol keperihatinan UPSI dalam menjaga kebajikan dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan kakitangan.

“Ini juga sebagai dorongan dalam melaksanakan rukun Islam kelima dengan lebih sempurna,” katanya pada majlis Sesi Serahan Sumbangan kepada Jemaah Haji UPSI bagi tahun 2026 di Bangunan Canselori, UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di Tanjung Malim hari ini.

Md. Amin turut menyampaikan pesanan dan perkongsian kepada para jemaah haji agar sentiasa menjaga adab, kesihatan serta memanfaatkan peluang beribadah di Tanah Suci dengan sebaiknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN