PETALING JAYA – Perbuatan mencurigakan seorang wanita yang dipercayai berulang-alik ke sebuah kedai untuk mencuri sebuah tapak kipas tangan dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di premis itu, semalam.
Menerusi hantaran di media sosial oleh @gyychio, kejadian itu berlaku apabila wanita tersebut datang semula ke kedainya sebanyak dua kali untuk mencuri tapak kipas berharga RM19.90 bagi ‘melengkapkan’ barang yang dicuri sebelum itu.
“Kali kedua dia datang balik sebab nak curi kipas ini sahaja. Kali pertama datang, dia curi kipas dari kotak yang sama,” katanya.
Pengguna Gyychio memaklumkan sekiranya benar wanita itu tidak mempunyai wang, dia sanggup membelanjakan wangnya terlebih dahulu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna tidak puas hati dengan tabiat buruk wanita terbabit.
“Nampak macam bukan orang susah. Ini bukan sebab duit, tapi dah jadi tabiat untuk mencuri,” kata @_babyliya15.
“Mencuri sebenarnya dah jadi tabiat seseorang sebab dia dah biasa mencuri, jadi dia dah mahir cara nak mencuri,” ujar @AmerImran.
“Dah sedap buat dua kali, nanti mesti dia datang lagi. Cetak gambar siap-siap sebab tak kisah berapa pun nilai barang itu kena bagi polis tangkap dia,” cadang @Wan_lily. – KOSMO! ONLINE














