fbpx
HUAT SENG dipenjara tiga bulan selepas mengaku salah mencederakan jirannya di Mahkamah Majistet Batu Pahat hari ini.

Warga emas dijel 3 bulan, tetak jiran berang letak kereta depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Gara-gara berang jiran meletakkan kereta di hadapan rumah, seorang penganggur bertindak menghayunkan parang sehingga mencederakan mangsa pada 3 April lalu.

Perbuatan tertuduh, Lim Huat Seng, 68, itu memakan diri apabila dia dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan seorang lelaki dengan cara menetak tangan mangsa menggunakan parang.

Majistret Arun Noval Dass menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil kira fakta kes, pengakuan tertuduh dan kecederaan dialami mangsa yang berusia 70 tahun.

Mengikut pertuduhan, Huat Seng yang masih bujang didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Sungai Ayam di sini, pada pukul 7 pagi, 3 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa didatangi tertuduh dalam keadaan marah kerana warga emas itu meletakkan kereta di hadapan rumahnya. Tertuduh kemudian menghayunkan parang dan terkena tapak tangan mangsa sehingga berlumuran darah.

Akibatnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan. Kecederaan yang dialami mangsa juga konsisten dengan laporan perubatan awal yang dikeluarkan pegawai perubatan HSNI.

Bertindak atas laporan, sepasukan polis menahan tertuduh pada pukul 1.30 tengah hari sama tidak jauh dari lokasi kejadian dan merampas senjata yang digunakan yang disembunyikan di dasar sungai.

Pendakwaan hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam, Normaahani Rais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN