fbpx
TINDAKAN Zahirah berkongsi video melakukan qada solat zuhur meraih reaksi pelbagai netizen.

Qada solat zuhur, video Zahirah MacWilson cetus perdebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon jelita Zahirah MacWilson menjadi sorotan netizen selepas berkongsi video melakukan qada solat zuhur dalam video rutin hariannya.

Video yang disiarkan semula seorang pengguna Threads yang menggunakan nama BazaarMadu3 mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempunyai pendapat berbeza.

Menurut kebanyakan netizen, Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, tidak sepatutnya meninggalkan solat fardhu dengan sengaja dan kemudian qada solat atas alasan bekerja.

“Kepada Zahirah disebabkan saya ternampak hantaran ini, saya nak kongsi sesuatu tentang solat kerana solat adalah timbangan pertama yang disoal di akhirat kelak.

“Solat fardhu tidak boleh ditinggalkan dengan sengaja selain alasan nyanyuk, sakit, terlupa dan tidak waras. Selain keadaan itu, selagi waras dan berakal solat mesti ditunaikan tidak kira apa jua keadaan.

“Berdosa jika ditinggalkan selain daripada alasan di atas. Tetapi qada tetap perlu qada. Jom kita jadi muslimah yang lebih baik sama-sama,” komen netizen.

Ada juga netizen yang berpendapat isteri kepada Aiman Hakim Ridza itu tidak sepatutnya berkongsi kepada umum tentang qada solat.

“Sesiapa yang qada solat tidak perlu umum dalam media sosial. Dosa tinggal solat itu antara kami dengan Allah. Tak perlu cerita kepada umum dosa yang pernah dibuat itu. Qada solat senyap-senyap,” komen netizen.

Namun ada juga netizen yang mempertahankan tindakan pelakon filem Bulan Dan Pria Terhebat itu dengan berpendapat Zahirah cuba menunjukkan contoh solat tetap perlu diqada tidak kira dalam apa jua keadaan.

“Kenapa anda semua ‘bitter’ dia tunjuk qada solat? Adakah lebih baik jika dia tidak qada langsung? Saya rasa dia cuba menunjukkan contoh supaya jangan tinggal solat. Apa pun yang berlaku, solat lima waktu wajib ditunaikan setiap hari,” komen netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN