TEHRAN – Agensi berita rasmi Iran menafikan laporan palsu yang disebarkan saluran media asing mendakwa bahawa beberapa pegawai kanan Iran telah berlepas ke Pakistan.
Agensi berita Tasnim memetik menyatakan semalam bahawa sama ada Menteri Luar Abbas Araghchi mahupun Speaker Parlimen Mohammad Baqer Qalibaf tidak meninggalkan Republik Islam itu.
Menurutnya, mereka kekal di Tehran dan secara aktif menjalankan tugas negara di tengah-tengah perkembangan serantau yang berterusan.
Sumber arif tentang perkara itu memberitahu Tasnim: “Berita saluran media asing bahawa pasukan perunding Iran telah tiba di Islamabad, Pakistan, untuk berunding dengan Amerika Syarikat adalah palsu sama sekali”.
Kata sumber, selagi Amerika Syarikat tidak memenuhi komitmen untuk gencatan senjata di Lubnan dan Rejim Zionis meneruskan serangannya, rundingan akan ditangguhkan.
Akhbar The Wall Street Journal melaporkan bahawa delegasi Iran tiba di Islamabad lewat semalam.
Agensi Berita Fars juga menolak secara mutlak laporan Wall Street Journal. Menurutnya, Iran ‘tidak merancang untuk menghadiri rundingan damai dengan Amerika sehinggalah gencatan senjata diwujudkan di Lubnan.
Laporan Fars selaras sepenuhnya dengan kenyataan Tasnim. – AGENSI














