“TITIK tolak penglibatan saya dalam bidang pendidikan lahir daripada kesedaran yang sangat mendalam bahawa pendidikan adalah senjata paling besar untuk mengubah nasib seseorang, keluarga dan masyarakat. “Saya melihat sendiri bagaimana ilmu mampu mengangkat maruah, membuka peluang dan membina masa depan yang lebih baik.” Demikian pandangan peribadi sekali gus memecah persoalan mengenai penglibatan pejuang, penggerak dan aktivis pendidikan negara, Tina Tajuddin, 50, dalam bidang tersebut kepada K-Wanita baru-baru ini. Bagi bekas peguam ini, tindakan dan keputusannya meninggalkan kerjaya profesional itu demi……














