fbpx
Tangkap layar mesej yang diterima individu berkenaan dan Asyraf Wajdi (gambar kecil).

Terima kasih ‘tagged’, saya dah minta pegawai semak – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Tiga tahun aku belajar untuk dapatkan diploma. Eh, kau senang-senang suruh aku tidak hadir untuk konvokesyen. Mudah cara penyelesaian kau eh Mara (Majlis Amanah Rakyat).”

Itu luahan seorang penuntut di sebuah institusi pendidikan Mara selepas menerima pemberitahuan mengenai tempat duduk bagi sesi konvokesyennya sudah penuh.

Malah, individu yang menggunakan profil @Eimndanial di media sosial itu juga diminta pihak berkenaan untuk klik pada pautan yang diberi bagi mengesahkan ketidakhadiran dan membuat pembayaran.

Hantarannya itu mendapat perhatian para netizen yang mengecam pihak terbabit selain turut ‘menyeru’ Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi yang menyedari aduan berkenaan terus memberikan respons pada ruangan komen.

“Terima kasih ‘tagged’ (ditandakan) saya. Saya dah minta pegawai saya semak dengan bahagian berkaitan. Insya-Allah, sepatutnya selesai.

“Tidak wajar peristiwa besar maknanya kepada pelajar ada had dan kuota. Ini kali pertama saya dengar isu sebegini,” ujarnya.

Rata-rata orang ramai berpuas hati dengan respons berkenaan dan memuji tindakan pantas pihak Mara.

Alhamdulillah.. mujur Dr cakna isu adik ini. Bagus pegawai-pegawai media Dr,” ujar seorang pengguna.

“Tuan kena jenguk-jenguk juga bahagian admin tu. Birokrasinya tu kadang-kadang boleh tahan juga,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN