fbpx
Gambar fail sebuah pesawat Caribbean Airlines. - Alamy

Air ketuban pecah, wanita bersalin dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah penerbangan ke Amerika Syarikat (AS) bertukar menjadi ‘dewan bersalin’ apabila seorang penumpang melahirkan anak beberapa minit sebelum pesawat mendarat, lapor akhbarThe Sun UK.

Penerbangan Caribbean Airlines menuju New York meminta pendaratan segera selepas air ketuban wanita itu pecah  di ruang udara, Sabtu lalu.

Penerbangan 005 itu mendarat di Lapangan Terbang John F. Kennedy (JFK) selepas berlepas dari Kingston, Jamaica.

“Kami mempunyai seorang penumpang hamil yang akan bersalin pada masa ini,” kata seorang kru pesawat dalam audio diperoleh saluran berita CBS News ketika mereka meminta slot pendaratan segera.

Seorang pegawai FK mengesahkan bahawa kakitangan perubatan akan berada di pintu pagar semasa pesawat itu mendarat.

“(Bayi) sudah keluar? Beritahu dia (ibu) untuk menamakan bayi itu Kennedy,” kata pengawal menara kawalan secara gurauan dalam audio tersebut.

Keadaan ibu dan bayinya belum dikongsi secara terbuka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN