fbpx
Steven Sim ketika berkunjung ke Restoran Nasi Lemak Saleha di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Steven Sim sedia bantu kembangkan bisnes Nasi Lemak Saleha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – “Dulu, bisnes dia buh (letak) meja lipat di bawah payung besar di tepi jalan. Niaga nasi lemak, masak kat rumah, bungkus semua sendiri. Kadangkala ada juga (majlis) bandaraya mai (datang) ‘angkut’.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim mengenai perniagaan Nasi Lemak Saleha menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Steven berkata, beliau bangga dengan usaha gigih selama 15 tahun perniagaan keluarga tersebut yang mampu bertahan sehingga ke hari ini.

“Tapi sebab ada ramai yang suka nasi lemaknya maka dari situ Kak Saleha buat pinjaman RM3000 dengan Amanah Ikhtiar (AIM) untuk kembangkan bisnes.

“Hari ini berkat usaha gigih 15 tahun, Nasi Lemak Saleha bukan lagi sekadar gerai tepi jalan. Dia ada restoran, siap ada ‘central kitchen’, puluhan pekerja dan dari asal ratus bungkus sehari kini dia jual 15,000 bungkus sehari.

“Sebut je Nasi Lemak Saleha, ramai yang kenal. Saya cukup bangga, sebab Kak Saleha ini boleh saya boleh panggil sebagai usahawan Kuskop (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” katanya di sini, hari ini.

Beritahu Steven Sim lagi, Kak Saleha pernah menerima pembiayaan daripada AIM, pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga dan turut menerima anugerah E50 dari SME Corp, pada tahun lalu,

“Sekarang Kak Saleha jadi ‘kak long’ kepada usahawan-usahawan AIM yang lain. Saya sudah arahkan agensi-agensi Kuskop untuk bincang dengan anak Kak Saleha bagaimana kita boleh bantu dia gandakan hasil, gandakan pendapatan bisnes keluarga mereka.

“Kisah seperti ini mengingatkan kita bahawa ramai usahawan hebat bermula dari langkah kecil. Misi saya di Kuskop nak pastikan bisnes kecil jadi besar, bisnes besar jadi lagi besar,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN