fbpx
Gambar menunjukkan pesawat jenis A-10 Thunderbolt milik Tentera Udara AS pada 29 Jun 2020. - Tentera Udara AS

Iran tembak jatuh jet perang kedua Amerika 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Tentera Iran menembak jatuh jet pejuang kedua milik Amerika Syarikat (AS) di rantau Teluk selepas sebuah jet pejuang F-15 terhempas di barat daya negara itu, lapor portal berita The New Arab.

“Sebuah pesawat serangan darat A-10 milik AS ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara dan terhempas ke laut di Teluk Parsi,” lapor penyiar negara IRIB. 

Berita terbaharu itu menyusul selepas Iran melancarkan misi menjejaki  kru jet pejuang AS yang terhempas sebelum itu  dengan mengerahkan tenteranya serta menawarkan ganjaran kepada orang ramai. 

Jet tersebut ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara republik Islam itu semalam, demikian menurut media Iran.

Media AS melaporkan bahawa pasukan khas Washington berjaya menyelamatkan salah seorang daripada dua kru pesawat F-15. 

Stesen penyiaran rasmi tempatan di wilayah Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad menyiarkan rakaman video memaparkan bangkai pesawat yang ditembak jatuh itu.

Markas Perintah AS (CENTCOM) yang bertanggungjawab untuk operasi ketenteraan di Asia Barat, tidak memberikan maklum balas berhubung kejadian tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN