fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sejumlah timun yang dibuang ke dalam sungai. - TikTok 

Harga timun murah, peniaga buang saja dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang penjual timun di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas dirakam membuang sayur tersebut ke dalam sebatang sungai kerana tidak laku, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bitcoinkliperindonesia menunjukkan seorang lelaki melemparkan sejumlah timun daripada  lorinya ke dalam sungai. 

Menurut perakam, pembuangan itu dilakukan susulan harganya yang murah di pasaran dan tidak laku dijual.

Rakaman itu mencatatkan lebih 4,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kenapa tidak sedekah kepada mereka yang berminat?” kata seorang netizen. 

“Ini membazir!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN