fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita misteri itu menyelinap masuk ke dalam rumah milik seorang penduduk. - Istimewa

Nenek bertongkat masuk rumah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang penduduk di Jakarta Timur, Indonesia berdepan detik cemas apabila rumahnya dimasuki seorang warga emas misteri yang bertongkat, lapor portal berita Wartakota semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) di kejiranan Cipinang Muara, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @jawaposradarkudus menunjukkan wanita itu menyelinap masuk ke dalam rumah sebelum ditangkap oleh warga setempat. 

Ketua Polis Jatinegara, Kompol Samsono berkata, pelaku dipercayai menceroboh masuk melalui kedai yang mempunyai laluan ke dalam rumah.

“Selepas ditangkap, pemilik rumah melakukan pemeriksaan ke atas wanita itu untuk memastikan tiada barang yang dicuri. 

“Tiada barang yang hilang dan pelaku diminta untuk segera beredar,” kata Kompol. 

Polis meminta orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan lebih berhati-hati terhadap individu tidak dikenali demi menjaga keselamatan diri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN