KOTA KINABALU – Dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak berlaku adil kerana terus melaksanakan pemberian subsidi pukal diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah tidak tepat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, hal ini kerana kerajaan tidak pernah berpendirian bahawa penyasaran subsidi diesel tidak akan dilaksanakan di ketiga-tiga wilayah berkenaan namun akan dilaksanakan secara berperingkat.
”Dasar Kerajaan sejak dari awal adalah melaksanakan reformasi dalam penyaluran subsidi melalui penyasaran subsidi. Maksudnya dasar subsidi akan diteruskan dengan mekanisme pengagihan secara bersasar. Mengambil kira dasar ini merupakan satu pembaharuan yang besar maka mekanisme pelaksanaannya bukan hanya perlu dirangka dengan penuh ketelitian malah harus digerakkan secara berperingkat.
”Atas sebab itu pada tahun 2024 Kerajaan memulakan dengan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia. Tahun 2025 pula penyasaran subsidi petrol RON95 di seluruh negara. Syukur Alhamdulillah, kedua-dua agenda tersebut telah dapat berjalan dengan lancar dan akan sentiasa diperkemas,” katanya katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.
Mengulas lanjut, Armizan menyatakan pada tahun ini Kerajaan Persekutuan khususnya melalui Kementerian Kewangan sedang meneliti kerangka cadangan untuk pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE
Subsidi diesel: Kerajaan Persekutuan sentiasa berlaku adil – Armizan
- Oleh IVAN AMIRUL
- 28 Mac 2026, 3:26 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Ribut petir landa 8 negeri malam ini
1 Julai 2026, 6:10 pm

KPDN jamin subsidi diesel tidak ‘bocor’
1 Julai 2026, 4:55 pm

Budi Diesel: Lebih 30,000 pemohon berjaya tambah kuota
1 Julai 2026, 3:23 pm

‘Dulu masuk showroom pun tak nak’
1 Julai 2026, 8:40 am

Diesel RM2.10, penjual pikap kembali ‘rancak’
1 Julai 2026, 8:30 am

Petrol, diesel tanpa subsidi turun 10 sen mulai esok
30 Jun 2026, 5:22 pm

Peniaga durian didakwa kongsi berita palsu bekalan diesel
30 Jun 2026, 11:57 am

Kos operasi lori Roro KDEBWM cecah RM4 juta sebulan
29 Jun 2026, 4:20 pm






