fbpx
Johari menyampaikan penghargaan sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 peringkat IPD Nilai hari ini. Foto IHSAN PDRM

[VIDEO] Nekad kejar penjenayah, dua lelaki jadi wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Aksi berani dua lelaki mengejar suspek samun bersenjata di Mantin baru-baru ini, mengundang perhatian apabila mereka sendiri berjaya menahan penjenayah terbabit.

Yap Chan Soon, 36, dan Yap Chan Yow, 39, tidak gentar walaupun berdepan risiko apabila bertindak pantas sebelum polis tiba.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, tindakan pantas kedua-dua lelaki tersebut telah membantu mempercepatkan siasatan dan membawa kepada kejayaan penahanan suspek.
Menurut beliau, kejadian itu turut membantu menyelesaikan dua kes samun berkaitan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Sempena Sambutan Hari Polis ke-219, pihak polis daerah Nilai menzahirkan penghargaan terhadap keberanian kedua-dua individu berkenaan.

” Pihak polis turut berharap orang ramai akan terus bekerjasama dalam menyalurkan maklumat dan membantu mencegah jenayah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN