fbpx
SEBUAH kilang penapis minyak di Port Arthur, Texas meletup semalam. – X/@realidas_int

Kilang penapis minyak di Texas meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HOUSTON – Pegawai tempatan memberi amaran kepada penduduk berhampiran sebuah kilang penapisan minyak di Texas  untuk segera berlindung di tempat selamat  semalam berikutan letupan di  Kilang Penapis Minyak Port Arthur milik syarikat tenaga Valero.

“Bagi memastikan keselamatan semua penduduk di sekitar lokasi kejadian dan berikutan letupan baru-baru ini di kilang penapisan Valero, perintah berlindung di tempat selamat dikeluarkan,” kata seorang pegawai pengurusan kecemasan Port Arthur dalam notis amaran sambil menambah, perintah itu terpakai kepada kawasan di sekeliling kilang penapisan.

“Pada masa ini terdapat kebakaran di sebuah unit kilang penapisan Port Arthur, Texas milik Valero. Semua kakitangan telah dikenal pasti keberadaan mereka,” kata Valero dalam satu kenyataan.

Laporan media tempatan menunjukkan api menjulang dan gumpalan asap hitam naik ke udara  dari kilang penapisan itu. Penduduk setempat berkata, mereka mendengar bunyi dentuman kuat yang menggegarkan tingkap.

Terletak kira-kira 145 kilometer ke timur Houston, kilang penapisan Port Arthur menggaji hampir 800 pekerja untuk memproses minyak mentah menjadi petrol, diesel dan bahan api jet dengan pengeluaran kira-kira 435,000 tong sehari, demikian menurut laman web Valero. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN