fbpx
Pesawat terhempas sejurus selepas berlepas sebuah lapangan terbang berhampiran bandar Puerto Leguizamo. - AFP

8 maut, 73 cedera pesawat tentera terhempas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOGOTA – Sekurangnya-kurangnya lapan orang terbunuh, manakala 73 lagi cedera selepas sebuah pesawat Tentera Udara Colombia terhempas, lapor akhbar The Sun UK.

Pesawat jenis Lockheed Martin Hercules C-130 buatan Amerika Syarikat (AS) itu membawa 114 anggota tentera serta 11 kru.

Ia terhempas sejurus selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang berhampiran bandar Puerto Leguizamo, wilayah Putumayo.

Gabenor Putumayo, Jhon Gabriel Molina Acosta berkata, sekurang-kurangnya 15 mangsa kritikal. 

Sumber lain memberitahu AFP jumlah penumpang terkorban dipercayai mencecah 80 orang, namun tiada angka kematian rasmi dikeluarkan setakat ini. 

Beberapa saksi kejadian dipetik Blu Radio Colombia sebagai berkata, pesawat itu berkenaan berada di udara dalam masa yang singkat sebelum terjunam ke tanah akibat masalah teknikal. 

Rakaman video kejadian yang dikongsi media tempatan menunjukkan kepulan asap tebal naik ke udara dengan bangkai pesawat yang rentung. 

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan untuk mencari mangsa yang hilang.

Menteri Pertahanan Colombia, Pedro Sanchez menyatakan, jumlah sebenar mangsa dan punca nahas belum diketahui. 

“Pasukan tentera sudah berada di tempat kejadian, namun jumlah mangsa dan punca kemalangan masih belum dapat dipastikan dengan tepat.

“Semua protokol untuk membantu mangsa dan keluarga mereka telah diaktifkan termasuk siasatan yang sepadan,” kata Sanchez. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI