fbpx
Sebuah kemudahan tenaga di medan gas South Pars Iran pada tahun 2015. - Abedin Taherkenareh/EPA

‘Bedil tempat minyak, kami bedil balas loji air seluruh Asia Barat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Tentera Iran mengeluarkan amaran hari ini, mengisytiharkan akan menyasarkan infrastruktur kritikal di seluruh Asia Barat sekiranya Amerika Syarikat meneruskan ancaman untuk menyerang kemudahan tenaga Iran, demikian menurut saluran berita K24.

Menerusi kenyataan dipetik Agensi Berita Fars, markas operasi tentera menyatakan, sebarang serangan terhadap infrastruktur minyak dan tenaga Iran akan mencetuskan tindak balas serius dan meluas.

“Jika musuh menyasarkan infrastruktur minyak dan tenaga Iran, semua infrastruktur tenaga, teknologi maklumat, dan penyahgaraman air milik Amerika Syarikat serta sistem di rantau ini (Asia Barat) akan menjadi sasaran,” demikian menurut kenyataan itu tanpa menyatakan secara terperinci sistem mana yang dimaksudkan.

Amaran itu muncul ketika ketegangan memuncak ekoran kata dua Presiden Donald Trump yang memberi tempoh 48 jam untuk Iran membuka semula Selat Hormuz. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI