PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 6 petang hari ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan terlibat di Kedah membabitkan Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak meliputi Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.
“Di Pahang, amaran melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub. Selangor pula membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
Selain itu, seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut terjejas,” ujarnya.
Di Sarawak, kawasan terjejas termasuk Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.
Di Sabah pula, amaran tertumpu di kawasan pedalaman seperti Sipitang, Tenom dan Nabawan serta Tawau. – KOSMO! ONLINE














