fbpx
CASEMIRO

EPL: Pemain United mahu Casemiro kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester United, Leny Yoro mendedahkan bahawa semua pemain pasukan itu mahu rakan mereka, Casemiro terus kekal sebelum pemain itu membuat pengumuman untuk meninggalkan Old Trafford pada hujung musim ini.

Pemain tengah itu menyertai United dari Real Madrid pada musim 2022/23 dan sudah membuat 154 penampilan dalam semua kejohanan, namun bakal meninggalkan kelab itu selepas kontraknya berakhir hujung musim ini.

Musim ini menyaksikan Casemiro meledak tujuh gol sekali gus mengatasi pencapaian terbaiknya bersama Real apabila menjaringkan enam gol untuk satu kempen pada musim 2020/21.

“Semua orang mahukannya kekal, dia ada pemain penting buat kami. Dia telah memenangi segala-galanya dan itu telah membantu kami dalam perlawanan serta di luar padang,” katanya.

Bagaimanapun, pengendali interim United, Michael Carrick memberi bayangan bahawa keputusan yang dibuat oleh Casemiro dan pihak kelab untuk tidak meneruskan pilihan lanjutan kontrak semusim lagi itu sudah tidak boleh diundur.

“Saya fikir apabila sesuatu telah diputuskan dan dalam sesetengah perkara keputusan yang dibuat itu pastinya adalah yang terbaik. Semua pihak memahami situasi tersebut dengan baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN