fbpx
AC Mizal berharap orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika ini.

‘Buat lagu raya, kena ikut peredaran zaman, trend semasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pengacara dan pelakon Datuk AC Mizal meminta orang ramai berlapang dada menerima perubahan dalam penghasilan karya kreatif terutama lagu raya ketika ini.

Menurut AC atau nama penuhnya Mizal Zaini, perubahan akan sentiasa berlaku bagi memastikan karya yang dihasilkan seiring dengan peredaran zaman dan mampu menarik minat generasi muda.

“Semua benda berubah, kita kena ikut peredaran zaman dan itu perkara biasa.

“Kalau nak buat drama, lagu atau filem, semuanya berkait dengan trend. Kita tak boleh hasilkan drama yang orang sekarang tak faham.

“Secara dasarnya, kita memang nak tarik perhatian generasi muda sebab mereka meningkat dewasa nanti — mereka akan ingat dan lagu itu boleh terus kekal lama,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Mari Menari Raya duet bersama JessC di sini, semalam.

Ujarnya, setiap individu tidak kira penyanyi mahu pun peminat perlu lebih terbuka dan mengikut kehendak pasaran semasa.

“Kita tak boleh ada ego. Dalam dunia bisnes dan hiburan, kita kena faham perkara ini.

“Tiada salah atau haram untuk buat macam-macam jenis lagu raya pun.

“Walaupun saya sudah 36 tahun dalam industri, saya tetap cuba buat perkara baharu mengikut peredaran zaman. Itulah dunia hiburan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, lagu Mari Menari Raya nyanyian AC dan JessC menggabungkan elemen pop moden, hip-hop serta sentuhan tradisional Melayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN