fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Selangor Royal Yacht Club di laman Instagram.

[VIDEO] Ikan lumba-lumba ‘pink’ muncul di Port Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kemunculan sekumpulan ikan lumba-lumba di perairan Pelabuhan Klang baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila salah seekor daripadanya dipercayai spesies Indo-Pacific Humpback Dolphin ataupun ikan lumba-lumba putih berwarna merah jambu yang jarang ditemui.

Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan oleh Royal Selangor Yacht Club di laman Instagram, kelihatan beberapa ekor ikan lumba-lumba berenang berhampiran kawasan pesisir perairan tersebut.

Lebih menarik, seekor daripadanya jelas menampakkan warna merah jambu yang menjadi ciri unik spesies lumba-lumba putih yang sering dikenali sebagai ‘pink dolphin’.

Spesies itu lazimnya ditemui di perairan pantai di rantau ini, namun penampakannya berhampiran kawasan pelabuhan yang sibuk seperti Pelabuhan Klang jarang berlaku.

Dalam hantaran sama, pihak kelab turut mengingatkan bahawa perairan di sekitar kawasan tersebut bukan hanya digunakan untuk aktiviti pelayaran, malah turut menjadi habitat kepada pelbagai hidupan marin.

“Sebagai ahli Royal Selangor Yacht Club, kita berkongsi perairan ini dengan hidupan marin yang menakjubkan,” katanya.

Tambahnya, ahli-ahlinya kerap terlibat dalam aktiviti pembersihan sungai dan pesisir pantai di sekitar Pelabuhan Klang untuk menjaga kepentingan ekosistem di laut.

Menurut mereka, usaha itu termasuk membersihkan sampah serta sisa di laluan air dan kawasan paya bakau bagi membantu melindungi hidupan marin.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.

“Ibu bapa saya selalu beritahu ada folding Port Klang pada era 50-an. Nampaknya mereka (dolfin) dah kembali,” kata @Navinathiagarajah.

“Wow ada dolfin pink juga. Ini pemandangan yang sangat menarik!” Komen @Jajaemran.

“Port Klang sudah bersih, mungkin sebab itu dolfin ini datang singgah,” ujar @Malikahbyeyna.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN