PETALING JAYA – Sehelai pakaian merah dipercayai baju tidur tergantung di bawah jejambat berhampiran lampu isyarat di Sri Gombak mencuri perhatian orang ramai selepas gambarnya tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Perkara itu dikongsikan seorang pengguna dalam kumpulan Facebook Asal Gombak 2.0 yang berseloroh mengenai kain tersebut selepas dilihat masih ‘tergantung’ walaupun sudah berhari-hari di lokasi sama.
“Dah berapa hari dah tergantung kat simpang lampu isyarat Sri Gombak ni, takkan tak kering lagi? Mohon pemiliknya segera angkatlah kain jemuran dia tuh,” tulisnya secara berseloroh.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ada yang berseloroh mengatakan kain tersebut mungkin ‘dijemur’ terlalu tinggi sehingga sukar diambil semula.
“Owner (pemilik) gayat pula nak angkat kain tu, selalu masa buat berani, nak kemas baru sampai trauma gayat,” selorh Aiidilll.
“Macam mana boleh sangkut atas tu,” soal Rahmat Hidayat.
Sementara itu, ada juga pengguna memuat naik video di ruangan komen memaparkan pakaian tersebut masih tergantung sehingga malam tadi.
“Malam tadi lalu pukul 1 pagi terkejut ingat apa yang terbang,” kata Famro. – KOSMO! ONLINE














