fbpx
Gambar hiasan.

Caj musim perayaan, tiket bas balik raya naik 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Tiket bas ekspres bagi kategori ekonomi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini naik 10 peratus berbanding hari biasa berikutan pelaksanaan caj musim perayaan yang dibenarkan oleh kerajaan.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, caj tersebut bukan kenaikan tambang tetap, tetapi mekanisme yang dibenarkan bagi memastikan syarikat pengangkutan terus mampu beroperasi sepanjang musim perayaan.

Menurutnya, pelaksanaan caj tersebut penting kerana kebanyakan operasi bas pada musim perayaan bersifat perjalanan sehala yang menyebabkan pengusaha perlu menanggung kos tambahan.

“Bagi laluan Kota Bharu–Kuala Lumpur, tambang bas ekonomi dijangka meningkat daripada RM40 hingga RM45 kepada kira-kira RM55 sempena musim perayaan.

“Bagi bas eksekutif E-Mutiara, kita mengekalkan tambang tidak melebihi RM80 meskipun terdapat pengusaha bas ekspres lain yang menaikkan harga pada kadar yang lebih tinggi,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat – Konsortium E-Mutiara Hulur Kasih Seikhlasnya di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad, Panji di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Che Ibrahim memberitahu, tambang bas eksekutif bagi E-Mutiara sebelum ini dijual pada kadar RM65 hingga RM70, namun ia naik tidak melebihi RM80.

“Ia bukan kenaikan tambang, tetapi caj musim perayaan yang dibenarkan kerajaan bagi membantu pengusaha menampung kos operasi.

“Kebiasaannya bas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu penuh dengan penumpang, tetapi perjalanan pulang semula ke ibu kota kosong atau dinaiki penumpang yang sangat sedikit jumlahnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI