KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Mac 2026 /PRNewswire/ — Ramadan dan Hari Raya kali ini, Pusat Beli-belah IPC menjemput para pelanggan untuk menyelami maksud sebenar "Kemenangan Kecil" — kejayaan kecil yang menjadikan sambutan perayaan lebih bermakna. Berkat kesabaran yang dipupuk sepanjang bulan Ramadan, ia menjadikan persediaan melengkapkan Hari Raya begitu menggembirakan, seimbang dan "serba sempurna".
Dari 23 Februari sehingga 29 Mac 2026, kempen "Kemenangan Kecil Menyempurnakan Raya" menjadikan pusat beli-belah menjadi ruang yang penuh penemuan, dengan ekspresi perayaan yang muncul secara semula jadi di pelbagai sudut. Diilhamkan daripada falsafah Sweden, Lagom — cara hidup yang menekankan keseimbangan dan kesederhanaan — dekorasi tahun ini menggabungkan motif Hari Raya ikonik dengan elemen cermin dan cahaya lembut, menghasilkan pantulan kaleidoskopik yang berubah perlahan seiring langkah para pengunjung di pusat beli-belah. Suasana ini terbuka secara berperingkat di setiap tingkat dan laluan, mewujudkan pengalaman perayaan yang menyeluruh namun menenangkan, selaras dengan irama membeli-belah harian.
Akar Umbi Perayaan dalam Setiap Dedikasi
En. Mark Tan, Pemangku Pengurus Besar IPC Shopping Centre dalam kenyataannya berkata, "Di IPC Shopping Centre, kami amat percaya bahawa sebuah perayaan dianggap sempurna apabila kita menghargai dedikasi di sebaliknya. Daripada menyempurnakan resipi warisan keluarga, sehinggalah menyediakan pertemuan semula yang dinantikan, komitmen kecil dan usaha harian inilah yang akhirnya menyempurnakan semangat Hari Raya. Melalui kempen ini, kami berharap dapat mewujudkan sebuah persekitaran yang lebih meriah di mana komuniti kami dapat menikmati detik-detik bermakna tersebut sambil membeli-belah, menjamu selera dan mengeratkan semula jalinan silaturahim."
Lebih Banyak Kemenangan Diraikan di IPC pada Raya Kali Ini
Selain dekorasi yang mengagumkan, Pusat Beli-belah IPC menyemarakkan lagi semangat perayaan dengan mengadakan pelbagai aktiviti interaktif yang menarik dan ganjaran untuk menjadikan pengalaman membeli-belah lebih menyeronokkan.
- Bengkel Små Club Raya: Kanak-kanak boleh menyerlahkan kreativiti mereka dengan menyertai bengkel seni dan kraf tangan, sambil mempelajari kemahiran baharu di samping membawa pulang cenderamata perayaan.
- Peraduan Mewarna Raya anjuran IPC dan IKEA Damansara: Ahli Små Club boleh menyertai peraduan mewarna eksklusif kepada ahli mengunnakan peralatan mewarna IKEA pada 7 Mac. Tiga (3) pemenang teratas akan membawa pulang hadiah bernilai RM200.
- Sambutan yang Seimbang: Persembahan tradisional mencipta suasana berinspirasikan Lagom yang riang dan mesra, membolehkan setiap keluarga yang berkunjung menikmati saat-saat bersama, sambil merapatkan lagi hubungan sempena Hari Raya yang menjelang tiba.
Membeli-belah Setiap Hari, Lebih Banyak Ganjaran Dinikmati
Bagi menambah keseronokan, Pusat Beli-belah IPC telah menjadikan aktiviti membeli-belah pada setiap hari minggu lebih menguntungkan komuniti di sekitarnya. "Cabutan Bertuah Berbelanja & Pilih", ahli Tack Club boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang penuh kejutan, dengan peluang untuk memenangi hadiah seperti barangan keperluan rumah yang "serba sempurna" sebagai persediaan menyambut Hari Raya.
Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30 dalam satu resit, ahli boleh menebus dua (2) kad cabutan bertuah untuk berpeluang menerima ganjaran seperti Tack Points dan e-Baucar daripada jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM20,000. Ahli juga berpeluang memenangi hadiah mingguan termasuk penggoreng udara, seterika wap, periuk nasi elektrik, kipas berdiri, dan penyedut vakum tanpa wayar.
Pembeli juga boleh menebus ganjaran eksklusif di i-Counter, Aras G, seperti:
- e-Baucar Tack RM10 dan satu set sampul Raya dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam dua (2) resit
- e-Baucar RM30, satu set sampul Raya, dan Beg Kompak Berkapasiti Besar dengan perbelanjaan minimum RM500 untuk ahli Tack Club dalam tiga (3) resit dan RM700 untuk pembeli yang bukan ahli.
- e-Baucar RM30, satu set sampul Raya, dan payung UV 23" beserta lampu suluh LED dengan pembelian minimum RM800 dalam tiga (3) resit untuk ahli Tack Club dan RM1,000 untuk pelanggan awam.
Langkah-langkah Kecil untuk Hari Raya yang Lebih Mesra Alam
Seiring dengan tujuan kempen yang meraikan kemenangan setiap hari, IPC turut menggalakkan amalan memelihara kehijauan alam sekitar di musim perayaan ini. Ahli Tack Club boleh mengitar semula aluminium, kertas, kadbod dan besi/logam, di Recycling & Buy-Back Centre (RBBC) untuk mendapatkan mata ganjaran Tack Points berganda (2x) di sepanjang tempoh kempen, sekali gus menjadikan amalan kitar semula ini sebagai langkah positif untuk menghasilkan rumah yang kemas dan mendidik masyarakat menjadi lebih bersih.
Minyak masak terpakai juga boleh dihantar pada setiap hujung minggu dari 10 pagi sehingga 2 petang di pusat pengumpulan bersebelahan RBBC. Pembeli berpeluang menerima pulangan tunai melalui kerjasama IPC dengan Arus Oil, sekali gus membuktikan bahawa tindakan kecil dan konsisten boleh memberi impak positif yang berpanjangan.
Hari Raya yang Serba Sempurna
Pada Raya kali ini, Pusat Beli-belah IPC mengajak seluruh komuniti untuk bersama-sama menyambut kemeriahan Hari Raya yang bukan sekadar mencipta detik yang bermakna namun juga bagi meraikan kemenangan-kemenangan kecil yang dicapai dan dikongsi bersama — dan inilah yang menjadikan Hari Raya terasa lengkap, seimbang, bermakna dan ‘serba sempurna’.
Untuk maklumat lanjut tentang sambutan ‘Kemenangan Kecil Menyempurnakan Raya‘ sila layari ipc.com.my atau ikuti Pusat Beli-belah IPC di laman Facebook, Instagram, atau TikTok untuk sebarang promosi, acara dan info terkini.
Tentang IPC Shopping Centre:
Ditubuhkan pada Disember 2023, IPC Shopping Centre merupakan pusat pertemuan pertama di Malaysia yang dibangunkan oleh IKEA dengan gambaran bangunan kotak biru besar dan adalah penting dalam portfolio Ikano Retail yang semakin berkembang di rantau Asia Tenggara ini. Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah campuran pelbagai pembangunan pesat di Mutiara Damansara, ia berfungsi sebagai rumah ketiga yang tidak asing lagi untuk komuniti baik di sekitar mahupun pengunjung daripada luar. Lebih dari sekadar destinasi membeli-belah, di IPC Shopping Centre, semua pengunjung boleh menaikkan semula semangat mereka, saling berhubung, dan menikmati detik-detik bermakna, semasa mereka membeli barangan keperluan mereka. Berakar umbi dari warisan negara Sweden, IPC Shopping Centre menerapkan konsep Lagom Life – gaya hidup yang seimbang, mampan, dan secukupnya. Kesemua ini dibentuk daripada kehidupan yang berinspirasikan alam sekitar, campuran rakan-niaga yang dipilih dengan teliti, hinggalah pengalaman di pusat tersebut secara keseluruhan yang mengajak pengunjung untuk bersederhana, mencari keseimbangan, dan menikmati hidup mengikut keupayaan masing-masing. IPC Shopping Centre turut menerajui kelestariannya melalui perkhidmatan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (Recycling and Buy-Back Centre) yang canggih serta pelbagai inisiatif lain untuk menjaga alam sekitar dalam memupuk penglibatan komuniti dan menunjukkan komitmen mereka mengekalkan dan menjaga kehijauan di muka bumi ini demi masa depan.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4902171_MS02171_6














