![]() |
BARCELONA, Sepanyol, 5 Mac 2026 /PRNewswire/ — nubia memperkenalkan siri nubia Neo 5 yang revolusioner di MWC Barcelona 2026, dipimpin oleh nubia Neo 5 GT — satu–satunya peranti dalam kelasnya yang menampilkan kipas terbina dalam dan reka bentuk belakang yang rata sepenuhnya. Siri ini turut merangkumi nubia Neo 5 yang lebih mampu milik dan nubia Neo 5 Max dengan paparan besar 7.5 inci. Direka untuk memberikan pengalaman permainan bertaraf juara kepada pengguna muda, peranti ini menggabungkan keupayaan permainan berkuasa termasuk penyejukan bertaraf profesional, picu ultra pantas, bateri tahan lama, AI Game Space dan AI Copilot Demi 2.0 eksklusif dalam satu peranti permainan yang bergaya.
"Di nubia, visi kami mudah tetapi bercita–cita tinggi: menjadi jenama teknologi yang paling seiring dengan gaya hidup generasi muda," kata Bai Keke, Naib Presiden ZTE. "Kami membina portfolio produk yang pelbagai untuk memenuhi setiap senario gaya hidup golongan muda. Dengan menggabungkan AI yang dioptimumkan untuk permainan dengan ciri e–sukan bertaraf profesional dalam pakej yang nipis dan mudah diakses, siri nubia Neo benar–benar "Dicipta untuk Menang" sama ada untuk pertempuran sengit atau tugasan harian."
Satu–satunya Kipas Terbina Dalam dalam Kelasnya untuk Kestabilan Tanpa Tandingan
Ketika telefon lain hanya bergantung kepada penyejukan pasif, nubia Neo 5 GT merupakan peranti pertama dan satu–satunya dalam kelasnya yang dilengkapi kipas penyejukan aktif sebenar di dalam peranti, digabungkan dengan kawasan penyejukan besar seluas 29,508mm². Inovasi ini berfungsi bersama Reka Bentuk Saluran Aliran Terus khas yang mengarahkan aliran udara segar secara langsung ke CPU dan bateri.
Peranti ini menggunakan sistem Cold–Core Trinity yang terdiri daripada seni bina cekap MediaTek D7400 4nm dengan memori dinamik LPDDR Max 6400Mbps, diuruskan oleh Enjin NeoTurbo yang mengoptimumkan sumber dengan pintar bagi memastikan kadar bingkai tinggi dan stabil untuk pengalaman permainan cemerlang yang konsisten. Antena Permainan 360° memastikan sambungan kukuh. nubia bekerjasama rapat dengan pembangun permainan terkemuka untuk bersama-sama mengoptimumkan prestasi permainan. nubia Neo 5 GT diperakui secara rasmi untuk permainan 120FPS pada Garena Free Fire dan MLBB. Selain itu, peranti ini turut menawarkan pengalaman 90FPS pada permainan grafik intensif Delta Force (serasi dengan versi kemas kini Mid–Season).
Cetuskan Kemenangan dengan Ketepatan Bertaraf Konsol
nubia Neo 5 GT dilengkapi Neo Triggers 5.0 pada kadar 550Hz dengan kependaman sub–5.5ms terkemuka industri serta kadar sentuhan segera 3049Hz, memberikan pengalaman seperti konsol permainan khusus dengan respons segera tanpa kelewatan. Algoritma Magic Touch 3.0 memastikan skrin kekal responsif walaupun jari berpeluh, basah atau berminyak.
Paparan AMOLED 1.5K bersaiz 6.8 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 4,500 nit memberikan visual yang tajam dan lancar. Untuk sesi permainan yang panjang, teknologi Penjagaan Mata diperakui SGS membantu mengurangkan keletihan mata. Bagi memastikan prestasi kejaayan permainan berterusan sepanjang hari, nubia Neo 5 GT dilengkapi bateri dwisel 6210mAh yang besar dan sokongan pengecasan sehingga 80W (45W PD untuk pasaran EU) Pengecasan Super Pantas. Bagi pemain tegar, fungsi Pengecasan Pintas membekalkan kuasa secara langsung kepada telefon tanpa mengecas bateri semasa bermain.
Pengalaman Permainan Imersif dengan Reka Bentuk Belakang Rata Sepenuhnya
nubia Neo 5 GT menampilkan reka bentuk ID dan CMF unik dengan reka bentuk belakang yang rata sepenuhnya — satu–satunya dalam kelasnya — yang menghapuskan bonjolan kamera untuk cengkaman lebih stabil. Keselesaan ini dipertingkatkan lagi dengan sudut bulat yang diperhalusi serta kabel pengecasan khas 90°. Telefon ini turut menawarkan pengalaman audio–visual imersif melalui Dwipembesar Suara Stereo dengan DTS:X® Ultra serta motor linear paksi–X, dipertingkat dengan pencahayaan Eagle Eye & Fan RGB yang bertindak balas mengikut aksi permainan.
AI Game Space 5.0 bertaraf e–sukan menyatukan semua tetapan prestasi dan pengurusan permainan di satu tempat. Di dalamnya terdapat AI Copilot Demi 2.0 eksklusif yang bertindak sebagai jurulatih dan rakan permainan. Gaming Coach menyediakan kemas kini status masa nyata, manakala Gaming Chatbot menjawab soalan permainan dengan segera. Demi Auto–Chat pula boleh membaca dan membalas mesej secara automatik.
Siri nubia Neo 5 bukan sekadar telefon pintar permainan, malah dipertingkat dengan kamera belakang AI Triple 50MP, kamera hadapan 16MP dan pelbagai fungsi AI praktikal. Siri nubia Neo 5 akan mula dilancarkan di peringkat global bermula di Asia Tenggara pada bulan Mac ini. Harga bermula dari €399 untuk nubia Neo 5 GT dan €299 untuk nubia Neo 5, kedua–duanya ditawarkan dalam tiga pilihan warna berbeza.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi reruai ZTE (3F30, Dewan 3, Fira Gran Via) di MWC Barcelona 2026 atau layari: https://www.zte.com.cn/global/about/exhibition/mwc26.html
PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: [email protected]
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4901260_MS01260_6
















