fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan peniaga berkenaan menyediakan jus tembikai yang dicampur satu tin laici dan dijual pada harga RM8 sebungkus.

[VIDEO] ‘Jual jus tembikai campur laici setin, RM8 pun kena kecam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang peniaga gerai minuman meluahkan kekecewaan kerana masih dikecam walaupun menjual sebungkus jus tembikai pekat yang dicampur satu tin laici pada harga RM8.

Lelaki berkenaan berkata, menerima komen-komen sedemikian adakala membuatkan dirinya ‘penat’.

“Tak tahu nak kata apa dah. Penat kadang-kadang,” luahnya.

Hantarannya menerusi media sosial itu dihujani respons orang ramai yang berpihak kepadanya.

Malah, rata-rata menegaskan bahawa harga yang dikenakan lelaki itu sudah cukup murah.

“Saya juga peniaga. Saya tahu harga laici RM berapa satu tin. Dah murah tu,” ujar @Eira88.

“Murah sangat tu RM8, jangan kisah orang cakap apa janji kita jujur dalam berniaga. Insya-Allah saya hadir untuk beli air abang,” komen @Aina Izara.

“Air balang yang ‘ceroi’ tak rasa apa pun RM4. Baik beli yang macam ni, murah dah tu,” kata @Tuan Hasbi. – KOSMO! ONLINE

@safiyan.souffePenat kadang-kadang☹️

♬ suara asli – Aiman Taiping – Aiman Taiping 🇲🇾

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN