fbpx
Sultan Ibrahim mencemar duli hadir perasmian Masjid UPNM Sultan Ibrahim, di Kem Sungai Besi, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Sultan Ibrahim berkenan rasmi Masjid UPNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Masjid UPNM Sultan Ibrahim serta menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda kira-kira pukul 7 malam itu turut ditemani Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.

Keberangkatan Baginda disambut oleh barisan kepimpinan universiti serta tetamu kenamaan.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Majlis dimulakan dengan acara perasmian masjid oleh Seri Paduka Baginda sebelum berangkat menyertai jamuan berbuka puasa bersama penuntut, pegawai dan kakitangan universiti.

Sejurus azan maghrib berkumandang, Sultan Ibrahim turut menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama warga UPNM di masjid berkenaan.

Keberangkatan pulang Baginda kira-kira pukul 8.10 malam menutup majlis yang berlangsung dalam suasana penuh tertib dan sederhana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN