fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan Abdul Rani sedang dibawa keluar dari HUKM, semalam.

Rani Kulup sudah discaj dari HUKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah sudah dibenarkan keluar dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM), Cheras semalam.

Abdul Rani dimasukkan ke hospital itu pada 4 Februari lalu dan ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran media sosial Ayahanda Abdul Rani Kulup sebentar tadi.

“Ayah discaj semalam. Maaf, admin (pengendali) lambat update (kemas kini) sebab sibuk cari kilang yang nak beli kabel,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Abdul Rani ditidurkan di HUKM selepas disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.

Menurut sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria, Abdul Rani dimasukkan ke hospital tersebut pada petang 4 Februari lalu, sebelum pihak HUKM mengambil keputusan untuk menidurkannya bagi tujuan rawatan rapi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI