fbpx
Gambar hiasan.

Tiada kes keracunan makanan di bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Tiada kes keracunan makanan berpunca daripada makanan yang dijual di bazar Ramadan direkodkan sepanjang 10 hari umat Islam menjalani ibadah puasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkembangan itu memberi satu gambaran positif kepada operasi bazar Ramadan di seluruh negara yang sudah memasuki minggu kedua.

“Tiada kes keracunan makanan direkodkan melibatkan bazar Ramadan sehingga semalam (28 Februari). Sepanjang tempoh 10 hari bulan Ramadan, Kementerian Kesihatan merekodkan 12 aduan berkaitan bazar Ramadan di seluruh negara.

“Empat daripada aduan itu diterima menerusi aplikasi WhatsApp yang menyentuh aspek kebersihan makanan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) – Majlis Iftar Perdana di Masjid Al-Husna, Baung Bayam, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly memberitahu, tiada sebarang kompaun dikeluarkan terhadap peniaga yang gagal mematuhi tahap kebersihan di bazar Ramadan di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI