fbpx
GAMBAR HIASAN

Ada yang setuju duit raya budak RM1, untuk isteri RM1,500?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Isu jumlah pemberian duit raya yang sesuai sempena Hari Raya Aidilfitri kembali hangat diperkatakan apabila satu perkongsian tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam hantaran tersebut, perkongsian menunjukkan cadangan jumlah duit raya bermula daripada jumlah kecil untuk kanak-kanak datang beraya, sehingga jumlah paling tinggi adalah buat isteri.

“Anak kepada kawan RM2, kawan kepada anak RM2, budak datang beraya RM1, anak saudara RM5, anak buah RM10, anak sendiri RM50 dan untuk isteri tercinta RM1,500 dan ke atas (lagi banyak lagi dimurahkan rezeki),” kongsi poster cadangan itu.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mempunyai pendapat berbeza.

Pengguna Facebook, Muhammad Rizal berpandangan adalah bagus diberikan duit raya yang lebih buat isteri di atas pengorbanan golongan wanita menjaga kebajikan keluarga.

“Kalau ikut logik, memang sesuai untuk beri lebih kepada pasangan kerana tanggungjawab dan kasih sayang yang ditunjukkan sepanjang tahun,” katanya.

“Harap suami saya baca ya, setahun sekali ja dapat lebih. Apa salahnya kan bang?,” seloroh Adinda.

“Kalau bini dua? Makan modal mat…,” komen Syed.

“Sebenarnya duit raya bukan soal jumlah, tapi niat. Tak perlu ikut angka tertentu, janji ikhlas,” kata Aisar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN