fbpx
Rohaizad (tengah) pada sidang akhbar rampasan minum keras hampir RM1.9 juta di Bagan Jermal, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/ KOSMO!

Kastam P. Pinang rampas dua kontena minuman keras RM1.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menggagalkan cubaan menyeludup dua kontena minuman keras bernilai hampir RM1.9 juta menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT), baru-baru ini.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Rohaizad Ali berkata, pemeriksaan itu dilaksanakan berdasarkan hasil maklumat dan intipan sepasukan pegawai Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri.

“Hasil pemeriksaan rapi ke atas kedua-dua kontena terbabit menemukan 96,000 tin minuman keras jenis bir yang disyaki tidak berkastam dengan anggaran nilai barangan termasuk duti dan cukai berjumlah RM1.873 juta.

“Modus operandi yang digunakan adalah dengan cuba menyeludup minuman keras ke dalam negara tanpa membuat pengikraran manifes bagi mengelakkan daripada dikesan,” katanya dalam sidang akhbar di Bagan Jermal di sini, hari ini.

Tambahnya, seorang wanita yang juga ejen syarikat perkapalan berusia 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita dapati minuman keras yang disita itu berasal dari sebuah negara di Asia Tenggara dan dipercayai telah diimport oleh sebuah syarikat tempatan,” tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN