fbpx
Cardi B sangat menghormati dan mengagumi semangat juang orang Islam terutama pada bulan Ramadan.

[VIDEO] ‘Puasa 3 jam, otak saya sakit dengar suara-suara pelik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYANYI rap wanita sensasi global, Cardi B tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim terutama berdepan dugaan menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan. 

Cardi atau nama sebenarnya, Belcalis Marlenis Almánzar, 34, menerusi satu sesi siaran langsung bersama peminat berkata, sekiranya menahan lapar selama tiga jam pun, dia akan kehilangan kewarasan minda. 

“Untuk peminat saya beragama Islam yang sambut Ramadan, saya nak cakap, Tuhan memang takdirkan saya tak lahir sebagai seorang Muslim. 

“Kalau saya bangun tidur dan tak makan selama tiga jam, otak saya akan sakit — akan dengar banyak suara-suara pelik. Saya memang tiada kekuatan untuk menjadi seorang Muslim,” katanya. 

Dalam potongan video terbabit, pelantun lagu Bodak Yellow itu bersahaja sedang menikmati kentang goreng dengan sos selepas melunaskan konsert jelajah, Little Miss Drama Tour.

Bagaimanapun, Cardi sangat mengagumi semangat orang Islam yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk menahan lapar dan dahaga demi mengabdikan diri kepada Ilahi. 

“Saya tak boleh hidup dalam kelaparan. Muslim boleh korbankan apa sahaja termasuk makanan, minum dan segala-galanya untuk Tuhan mereka. Mereka sayang Tuhan mereka sangat-sangat. 

“Saya kagum apabila orang setia dan taat kepada Pencipta-Nya,” katanya lagi. 

Video terbabit kini kian tular di gelanggang laman sosial dengan ramai peminat memuji ketelusan ibu empat anak itu dalam berbicara soal perkara rawak dengan para peminat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN