fbpx
Mat Zin (duduk, berbaju hijau) bersama 100 ahli keluarga bersila di hadapan rumahnya untuk berbuka puasa di Kampung Tiang Kulat, Kuala Nerus kelmarin. ­–PUQTRA HAIRRY

Mat Zin usia 91 tahun masih gigih puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Tiada yang menggembirakan seorang lelaki warga emas berusia 91 tahun apabila hampir 100 ahli keluarganya daripada lima generasi berkumpul berbuka puasa bersama-sama pada hari pertama Ramadan di rumahnya di Kampung Tiang Kulat di sini kelmarin.

Mereka terdiri daripada sebahagian 238 anak, cucu, cicit dan piut Mat Zin Abdullah, 91, termasuk yang menetap di luar Terengganu mengambil peluang cuti panjang Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan untuk berkumpul di rumah pusaka.

Suasana iftar keluarga Mat Zin meriah dengan mereka bersama-sama menjamah juadah berbuka di pekarangan rumah sebelum menunaikan solat fardu maghrib dan isyak serta solat sunat tarawih berjemaah dan moreh.

Salah seorang cucu Mat Zin, Surhaini Mohd. Saidi, 47, yang menetap di Melaka berkata, dia bersyukur berbuka puasa pada hari pertama Ramadan bersama keluarga besar datuknya buat pertama kali dalam lima tahun.

“Selalunya saya sukar berkesempatan berbuka bersama-sama keluarga besar ini. Kebetulan tahun ini dapat cuti panjang kerana awal Ramadan kebetulan jatuh pada musim cuti sekolah, hampir serentak dengan Tahun Baharu Cina.

Pengalaman berbuka puasa beramai-ramai mengembalikan semula nostalgia saya masa kecil-kecil dahulu,” katanya.

Mat Zin mempunyai 14 anak termasuk dua yang sudah me­ninggal dunia hasil perkahwinan dengan isteri, Zainab Mat Ali yang dijemput Ilahi pada 2007. Selain itu, lelaki warga emas yang masih boleh berpuasa tersebut juga memiliki 92 cucu, 129 cicit dan lima piut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN