fbpx
Hari ini tiga lagi mangsa akan menjalani bedah siasat yang dijangka siap tengah hari ini.

Kes 5 mati: Mayat pasangan suami isteri selesai dibedah siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Bedah siasat ke atas mayat pasangan suami isteri yang maut dalam kejadian pembunuhan tragis di Taman Cerating Damai di sini selesai semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah perkata, seramai tiga lagi mangsa akan menjalani bedah siasat pada tengah hari ini.

“Bedah siasat hari ini akan diteruskan ke atas ibu suspek (Tuan Kamaria Tuan Puteh) dan dua anak suspek iaitu Nur Saffiyah Humairah, 5, dan Sumayah, 3,” katanya hari ini.

Semalam Kosmo! Online melaporkan lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Cerating Damai.

Mangsa yang maut ialah lelaki berusia 32 tahun dan isterinya, Nurul Asshiyikin Kamaruzaman, 33, bersama dua anak mereka serta ibu kandungnya yang berusia 56 tahun.

Lelaki itu dipercayai menamatkan riwayat ahli keluarganya sebelum mengambil nyawa sendiri.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dilaporkan berkata, dalam kejadian pukul 7 pagi itu, empat mangsa ditemukan di dalam bilik, manakala seorang mangsa dijumpai di bahagian dapur.

Katanya, siasatan giat dilakukan bagi mengenalpasti motif pembunuhan dan polis tidak menolak kemungkinan ia disebabkan masalah kewangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN