fbpx
Keadaan Perodua Viva dihempap pokok tumbang di Jalan Mount Erskine, lewat pagi tadi.

Nyaris maut dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Tiga individu terdiri pemandu dan penumpang dua buah kenderaan nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Mount Erskine di sini, lewat malam tadi.

Mangsa terdiri pemandu dan penumpang sebuah kereta jenis Perodua Viva, manakala seorang lagi individu memandu kereta Perodua Bezza.

Ketika kejadian, mereka dikatakan sedang dalam perjalanan melalui laluan berbukit dan bengkang-bengkok tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pokok tumbang pada pukul 12.35 malam tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal.

“Insiden melibatkan sebatang pokok tumbang yang telah menghempap dua buah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki pasangan lelaki dan wanita manakala Perodua Bezza dipadu seorang lelaki berbangsa Cina.

“Mangsa dilaporkan berjaya keluar dari kenderaan mereka dalam keadaan selamat,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) seterusnya bertindak menjalankan kerja-kerja pemotongan pokok menggunakan peralatan khas bagi mengalihkan halangan dan memastikan kawasan benar selamat.

Tambahnya, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 3.29 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN