fbpx
SELEKOH tajam menuju ke puncak Bukit Tinggi memberi cabaran dan pengalaman menunggang menyeronokkan kepada para peserta konvoi.

Bukit Tinggi laluan konvoi uji adrenalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LALUAN dari Kuala Lumpur menuju ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang merupakan antara jalan popular dalam kalangan penunggang motosikal kerana memiliki selekoh berliku dan pemandangan menarik.

Laluan itu memerlukan tahap kemahiran dan disiplin yang tinggi, terutama apabila melibatkan aktiviti konvoi dalam jumlah ramai.

Tidak gentar akan cabaran tersebut, 10 anak muda dari Lembah Klang memilih Bukit Tinggi sebagai destinasi konvoi mereka baru-baru ini.

Menurut salah seorang peserta, Muhammad Danial Md. Noh, tujuan utama aktiviti konvoi tersebut adalah sebagai pengisian masa lapang.

“Kami memang suka berkumpul dan mengadakan aktiviti konvoi hampir setiap minggu. Bukit Tinggi antara destinasi pilihan kami.

“Antara sebabnya, lokasi ini terletak berhampiran Kuala Lumpur serta sesuai untuk aktiviti konvoi jarak pendek.

“Namun, faktor utama kami ke sana kerana selekohnya yang tajam, sekali gus memberikan cabaran dan pengalaman menunggang menyeronokkan,” katanya kepada CitaRasa.

Konvoi bermula dengan para  peserta berkumpul di stesen minyak BHP Karak sebagai lokasi pertemuan pada waktu pagi.

PESERTA konvoi menghabiskan masa dengan menikmati pemandangan dan suasana dingin di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Di situ, mereka menunggu semua penunggang yang datang dari lokasi berbeza, sebelum bergerak secara berkumpulan.

Seterusnya, konvoi singgah di Lemang Toki, Bentong untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi.

Oleh kerana mereka bergerak pada awal pagi, keadaan trafik ke Bukit Tinggi tidak begitu sesak, biarpun terkenal sebagai lokasi pelancongan.

Keadaan jalan menuju ke puncak Bukit Tinggi yang berliku merupakan antara cabaran yang perlu ditempuhi penunggang.

Selain itu, permukaan jalan yang kadangkala basah atau lembap juga boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Terdapat juga kemungkinan berlakunya insiden melibatkan para peserta konvoi. Misalnya, apabila ada peserta terjatuh dan tidak disedari oleh penunggang di belakang.

PESERTA konvoi berkumpul di stesen minyak BHP Karak sebelum memulakan aktiviti konvoi.

Menurut Muhammad Danial, salah seorang ahli konvoi mereka pernah terlibat dalam insiden di laluan yang sama, sekali gus meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan.

“Kami pernah mengalami kemalangan ketika berkonvoi di laluan tersebut. Oleh itu, aspek keselamatan menjadi keutamaan sepanjang perjalanan.

“Sehubungan itu, penunggang baharu tidak digalakkan menyertai konvoi  ini kerana laluan tersebut memerlukan tahap pengalaman dan kemahiran tinggi,” katanya.

Setibanya di Bukit Tinggi, para peserta konvoi menghabiskan masa dengan menikmati pemandangan dan suasana sejuk di kawasan bukit.

Aktiviti di atas bukit lebih tertumpu kepada jalan-jalan santai di kawasan bangunan bercirikan reka bentuk Perancis, Colmar Tropicale.

Setelah puas berjalan, kumpulan konvoi memilih untuk pulang ke ibu negara sebelum cuaca menjadi semakin panas menjelang tengah hari.

Jelas Muhammad Danial, bagi memastikan perjalanan konvoi berjalan lancar, peserta biasanya membawa spare parts asas, alat pelarasan bolt dan peralatan pengecasan sebagai langkah persediaan.

“Dalam kumpulan kami ada ahli yang mahir membaiki motosikal.

“Jadi sebarang penyelenggaraan kecil boleh dilakukan sepanjang perjalanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN