fbpx
KAH LEONG (tengah) pada Majlis Peluncuran dan Sesi Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak di Pasar Besar Ipoh di Ipoh hari ini.

Harga barangan naik sikit tampung kos ‘overtime’ peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Harga barangan asas dijangka mengalami kenaikan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan memandangkan peniaga perlu menampung kos bayaran kerja lebih masa (OT) pekerja pada musim perayaan.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Perak , Woo Kah Leong berkata, kenaikan itu perlu dilakukan dalam jumlah yang kecil agar  tidak membebankan pengguna.

“Saya faham, peniaga yang bekerja semasa Tahun Baharu Cina, memang ada yang akan menaikkan harga sikit. Tak apa,  kalau sikit untuk menampung kos OT bekerja pada musim Tahun Baharu Cina, tiada masalah tetapi janganlah menaikkan harga secara mendadak.

“Kalau naikkan harga mendadak, orang perantau yang berada di kampung, first impression (pandangan pertama) harga barang di kampung sendiri sangat mahal dan akan menyebabkan mood mereka tidak baik,” katanya kepada pemberita di Pasar Besar Ipoh di sini hari ini.

Katanya, kenaikan mendadak harga barangan itu juga akan menyebabkan ramai pengguna terjejas termasuk pelancong.

“Saya rasa peniaga yang menaikkan harga secara mendadak, tahun-tahun yang akan datang mungkin pelancong tak akan pergi kedai itu lagi. Ini adalah satu contoh di mana untung seketika tapi rugi seumur hidup. Saya nasihatkan jangan menaikkan harga secara mendadak pada Tahun Baru Cina atau Aidilfitri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI