fbpx
Bangkai seekor gajah yang ditemui tanpa kelapa di kawasan PT RAPP, Riau baru-baru ini. - ANTARA

Gajah mati, kepala dikerat di kawasan kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Menteri Perhutanan Indonesia, Raja Juli Antoni mengutuk kematian seekor gajah Sumtera yang ditemui tanpa kepala berhampiran sebuah kilang kertas di wilayah Riau, lapor portal berita JPNN. 

“Ini adalah insiden yang sangat membimbangkan dan melukakan sifat kemanusiaan kita,” kata Raja di pejabat Kementerian Perhutanan di Jakarta semalam. 

Kematian gajah itu pertama kali dilaporkan syarikat Riau Andalan Pulp and Paper (PT RAPP) pada Isnin lalu. Ia ditemukan dalam keadaan kepalanya dipenggal dan dibiarkan mereput. 

Hasil bedah siasat Pusat Pemuliharaan Sumber Asli (BBKSDA) Riau mendapati gajah itu berusia lebih 40 tahun dan telah mati kira-kira dua minggu sebelum ditemukan. 

Bangkai tersebut mempunyai kesan tembakan sekali gus menguatkan syak wasangka bahawa berlakunya jenayah. 

Raja berkata, pelaku mesti dikenakan tindakan undang-undang tanpa belas kasihan dan berharap agar kes serupa  tidak berulang pada masa hadapan. 

“Mesej saya sangat kuat dan jelas. Jika kami menemui mereka, kami tidak akan menunjukkan belas kasihan. Saya harap ini adalah insiden pemburuan haram gajah terakhir di Indonesia. 

“Kami akan bekerjasama dengan polis untuk mengesan dalang pembunuhan ini,” tambahnya.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN