fbpx
Gambar hiasan

Rugi RM50,700 diperdaya tender bekal meja kantin sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terperdaya dengan tawaran tender pembekalan set meja kantin sekolah palsu, sebuah syarikat pembekalan peralatan pejabat kerugian RM50,700.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, seorang eksekutif jualan syarikat tersebut telah dihubungi individu tidak dikenali menawarkan tender pembekalan berkenaan.

“Suspek menawarkan projek pembekalan set meja kerusi untuk kantin sebuah sekolah kebangsaan di Marang.

“Dia kemudiannya mencadangkan syarikat pembekal kepada eksekutif jualan tersebut yang merupakan wanita berusia 29 tahun,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, mangsa yang tidak menaruh curiga terus bersetuju menerima tawaran tender terbabit sebelum membuat pesanan dengan syarikat pembekal disarankan.

Beliau berkata, wanita terbabit telah membayar RM50,700 menerusi pindahan ke akaun bank diberi suspek sebagai tempahan pembekalan.

“Pindahan dilakukan mangsa menggunakan wang syarikat. Dia hanya menyedari tertipu apabila semakan kemudiannya mendapati tender terbabit sebenarnya tidak pernah wujud.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN