fbpx
TRUMP bercakap kepada Obama di Washington pada 9 Januari 2025. – AFP

Trump siar video papar Obama sebagai monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON  – Presiden Donald Trump berkongsi hantaran mengandungi video memaparkan bekas presiden Barack Obama dan isteri, Michelle Obama sebagai monyet dalam insiden yang mencetuskan kemarahan di seluruh spektrum politik Amerika Syarikat semalam.

White House  mulanya menepis ‘kemarahan palsu’ berhubung rakaman video itu yang dikongsi di akaun Truth Social Trump  malam kelmarin, namun kemudian menyalahkan hantaran itu atas kesilapan kakitangannya.

Pemimpin-pemimpin Parti Demokrat mengecam Trump sebagai  ‘keji’,  manakala seorang senator kanan Parti Republikan berkata, klip  video itu jelas bersifat perkauman.

Menjelang akhir video berdurasi satu minit  itu yang menonjolkan  konspirasi sebagai punca  kekalahan Trump  dalam pilihan raya 2020 kepada Joe Biden, gambar Barack dan Michelle Obama diletakkan pada badan monyet selama kira-kira satu saat.

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt pada mulanya memperkecilkan kontroversi itu dengan berkata, imej  disiarkan adalah daripada video meme internet.  menggambarkan Trump sebagai raja rimba dan pemimpin Demokrat sebagai watak filem The Lion King.

“Sila hentikan kemarahan palsu dan laporkan sesuatu  yang benar-benar penting kepada rakyat Amerika,” kata Leavitt dalam satu kenyataan kepada AFP.

Bagaimanapun, hampir 12 jam selepas hantaran itu muncul di akaun Trump, terdapat pengakuan luar biasa daripada pentadbiran beliau yang biasanya enggan mengaku melakukan sebarang  kesilapan.

“Seorang kakitangan White House tersilap membuat hantaran itu. Ia telah dipadamkan,” kata pegawai White House kepada AFP.

Setakat ini, belum ada ulasan mengenai kontroversi daripada pasangan Obama. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN