fbpx
Kamalludin (duduk, tengah) ketika menghadiri Majlis Apresiasi KPDN Perak Bersama Rakan Strategik di Hotel MH di Ipoh semalam.

Nilai rampasan KPDN Perak cecah RM3.5 juta tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Nilai rampasan keseluruhan direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak membabitkan 1,275 kes dihasilkan pada tahun lalu adalah berjumlah RM3,577,768.37.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kes-kes berkenaan dihasilkan daripada 124,917 pemeriksaan terhadap premis-premis yang dilaksanakan oleh pihaknya sepanjang 2025.

“Jumlah kompaun yang dikenakan pula telah direkodkan sebanyak RM1,129,950, meningkat berbanding RM358,200 pada 2024, sekali gus mencerminkan pendekatan penguatkuasaan yang tegas, berintegriti dan adil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi KPDN Perak Bersama Rakan Strategik anjuran pihaknya di Hotel MH di Ipoh semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, komitmen berterusan KPDN Perak terhadap rakyat negeri ini turut dizahirkan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah, termasuk Program Jualan Rahmah Madani dan Bazar Ramadan Rahmah.

“Sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2025, sebanyak 1,876 Program Jualan Rahmah telah dilaksanakan berbanding 943 program pada 2024.

“Melalui pelaksanaan ini, manfaat jualan telah dinikmati oleh 2,342,926 pengunjung di seluruh negeri Perak, meningkat berbanding 1,658,255 pengunjung pada tahun sebelumnya,” katanya.

Kamalludin berkata, jumlah jualan di Program Jualan Rahmah Madani Negeri Perak pada tahun lalu juga meningkat iaitu RM92,431,793.50 berbanding 2024 iaitu RM64,089,786.04.

“Dalam usaha memperkasa kesedaran pengguna, pelbagai program pendidikan dan advokasi pengguna telah dilaksanakan.

“Antara pencapaian membanggakan yang telah direkodkan pada tahun lalu termasuk kejayaan merangkul Naib Johan Gerakan Pengguna Negeri SeMalaysia, Johan Gerakan Pengguna Siswa SeMalaysia melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ipoh, serta Naib Johan Battle of Buskers diwakili Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN