fbpx
Anggota penguatkuasa Imigresen sedang melakukan pemeriksaan pada operasi penguatkuasaan JIM, di sebuah pusat membeli-belah di Cheras, malam tadi. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Kedai masakan asli China ‘popular’ di Cheras kena serbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Deretan kedai makan yang terkenal dengan masakan asli China di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini diserbu pihak Jabatan Imigresen (JIM) malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, Op Selera dan Op Sapu bermula pada pukul 8 malam itu disertai 112 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Pemeriksaann ke atas 19 premis mendapati kebanyakannya terdiri daripada kedai makan masakan China yang popular, hasil risikan selama seminggu.
Lokman berkata, operasi turut menyasarkan premis yang dipercayai menggaji warga asing secara tidak sah, selain mengesan pelawat yang tinggal lebih masa di negara ini.

“Antara faktor utama kawasan ini dipilih adalah kerana kebanjiran warga China (PRC). Hasil risikan aktiviti tersebut memang berlaku. Ada yang bekerja dan ada pelancong yang tinggal lebih masa atang ke sini. Ada yang bekerja lebih dari setahun,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi.

Lokman berkata, seramai 890 individu diperiksa melibatkan 458 warga asing dan 432 rakyat tempatan. Daripada jumlah itu, seramai 152 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan terdiri daripada 94 warga Myanmar, China (40), Indonesia (6), Bangladesh (2) dan 10lagi dari lain negara.

“Kesemua mereka berusia 21 hingga 42 tahun,” katanya.

Beliau menegaskan tindakan penguatkuasaan dilakukan tanpa mengira warganegara, sekali gus menepis dakwaan kononnya ada pihak ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang.

“Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen dan pasport, kita tahan dan ambil tindakan tanpa mengira warganegara,” katanya.

Mengulas mengenai cabaran operasi, katanya, terdapat warga asing yang cuba melarikan diri selain ada premis yang memasang alat bagi memantau kehadiran pihak berkuasa dari jauh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN