fbpx
CITY menepati ramalan apabila mudah melepasi cabaran Newcastle untuk mara ke pentas perlawanan akhir EFL bulan depan. - AFP

EFL: City berjaya elak kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester City menampilkan prestasi cukup dominan ketika mencatat kemenangan 3-1 ke atas Newcastle United pada aksi timbal balik separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium Etihad awal pagi semalam.

Dua jaringan Omar Marmoush dan satu gol Tijani Reijnders membolehkan The Citizens menang 5-1 menerusi keputusan agregat, sekali gus memastikan tempat mereka ke perlawanan akhir bulan depan.

Pengurus City, Pep Guardiola meluahkan rasa gembira atas kemenangan tersebut meskipun mereka berada dalam keadaan terumbang-ambing ketika ini, terutamanya bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana ia bukan perlawanan yang mudah. Saya pun sudah lupa berapa banyak separuh akhir yang kami sertai, tetapi hari ini (semalam) kami bermain sangat baik.

“Bagi saingan EFL, ini merupakan separuh akhir kelima untuk kami dalam tempoh 10 tahun. Pencapaian yang cukup baik untuk kami sebagai satu pasukan, tahniah kepada semua pemain,” katanya.

Menerusi kemenangan itu, City akan membuat perhitungan dengan pendahulu Liga Perdana, Arsenal yang sudah mengesahkan kemaraan ke final lebih awal selepas menewaskan Chelsea 4-2 secara agregat.

“Satu perkara cukup baik selepas ini apabila kami akan berdepan salah sebuah pasukan terbaik dir Eropah (Arsenal). Saya harap semua pemain akan cergas menjelang aksi final nanti,” ujar Guardiola. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN