fbpx
Mangsa dinasihatkan untuk berehat dan mengelak daripada berjalan selama tiga hari. – Facebook

Guru hukum 800 ‘squat’, pelajar masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang pelajar di Thailand dimasukkan ke hospital selepas dipaksa melakukan 800 duduk-bangun (squat) oleh seorang guru kerana gagal menyerahkan kerja rumah, lapor portal berita Thaiger. 

Perkara tersebut dikongsi oleh bapa mangsa di platform Facebook semalam. 

Menurut bapa mangsa, anaknya mengalami sakit yang teruk selepas pulang dari sekolah, menyebabkan dia dibawa ke hospital untuk melakukan ujian darah. 

Pemeriksaan awal menunjukkan buah pinggang mangsa masih berfungsi, namun ujian lanjut mendapati dia mengalami enzim otot dalam masa tiga hari.

Pelajar tersebut dinasihatkan untuk berehat, meluruskan kaki dan mengelakkan berjalan selama sekurang-kurangnya tiga hari serta minum air 3 liter dalam sehari. 

“Memaksa kanak-kanak menjalani hukuman yang melampau boleh menyebabkan otot koyak atau kecederaan lain. 

“Pihak sekolah perlu mempertimbangkan hukuman atau disiplin yang lebih selamat seperti tugas pembersihan,” kata bapa mangsa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN