fbpx
Mohamad (tengah) menunjukkan kadar zakat fitrah bagi negeri Pulau Pinang 2026 di Berta, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Kadar zakat Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM10, RM15 dan RM25, bergantung kepada jenis beras yang biasa dimakan oleh pembayar.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, kadar RM10 ditetapkan bagi beras putih import (contohnya Thai White Rice), RM15 untuk beras rebus dan beras perang, manakala RM25 bagi beras wangi, pulut, herba Ponni, Calrose, basmati atau jenis setara dengannya.

“Sasaran kutipan zakat keseluruhan adalah RM239 juta manakala sasaran kutipan zakat fitrah ditetapkan sebanyak RM10.2 juta..

“Insya Allah, kita yakin mampu mencapai sasaran yang ditetapkan dengan sokongan masyarakat, kerjasama semua pihak serta pendekatan yang lebih strategik,” katanya selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Amil Zakat Fitrah (MAPAF) dan sumbangan Ihya Ramadan Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 1447H/2026M yang berlangsung di Bertam di sini, hari ini.

Menerusi majlis sama, seramai 1,686 orang amil zakat fitrah dilantik di seluruh negeri bagi tahun ini, melibatkan 239 qariah.

Katanya, mulai tahun ini, Zakat MAINPP akan melaksanakan Aplikasi Smart Amil sebagai langkah penambahbaikan dalam pengurusan amil zakat fitrah di seluruh negeri.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI