fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan seekor kucing disepak seorang lelaki ketika joging di kawasan lapang, Blora, Indonesia.

‘Ada manusia jahat tendang kucing aku sampai mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang lelaki yang menyepak kucingnya ketika haiwan itu dibawa berjalan di kawasan lapang di Blora, Indonesia, minggu lalu.

Menerusi hantaran di TikTok, wanita berkenaan membawa kucingnya berjalan menggunakan kolar haiwan sebelum lelaki tersebut secara tiba-tiba menyepak kucing itu ketika sedang berjoging.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu didakwa menyebabkan kucing berkenaan terpelanting sehingga mati.

“Kejadian hari minggu, 25 Januari, kita jalan-jalan ke lapangan Kridosono, Blora, pukul 9 pagi. Kawasan sepi dan tak ramai orang joging, aku pun biarkan kucing berjalan ke tepi supaya tak ganggu orang.

“Tapi ada manusia jahat tiba-tiba tendang kucing aku sampai stress dan mati. Selepas aku tanya kenapa buat macam itu, dia (lelaki) seperti mahu menumbuk aku,” katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas dipercayai melakukan tindakan tersebut atas alasan terganggu dengan haiwan peliharaan itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial berang dengan tindakan tidak bermoral selain alasan yang tidak munasabah lelaki tersebut.

“Tendang itu memang disengajakan. Nampak sangat macam tendang bola. Alasan sepak kucing itu pun tak logik,” komen @Shinaaapr.

“Tiada kata maaf untuk orang macam ini. Sudahlah memang sengata buat. Harap orang macam ini hidupnya sentiasa susah dan dapat karma atas perbuatan dia,” komen @Eriekurneaa.

“Baru-baru ini pun, sepupu saya sepak kucing walaupun dia (kucing) itu duduk diam saja. Besoknya, kucing itu kena strok dan mati,” komen @Eyyobackup. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN