fbpx
Keadaan di lokasi kemalangan di KM13 Jalan Cameron Highland-Simpang Pulai, petang tadi. - Foto IHSAN JBPM

Warga emas maut kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 13 Jalan Cameron Highland-Simpang Pulai, petang tadi menyebabkan seorang lelaki terkorban manakala empat lagi parah.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.04 petang.

“Kemalangan itu melibatkan sebuah Nissan Serena, Perodua Myvi dan Mitsubishi Expander.

“Pemandu Perodua Myvi berusia 65 tahun meninggal dunia manakala empat penumpang wanita yang lain parah,” katanya di Ipoh hari ini.

Sementara itu, Shazlean berkata, seorang wanita yang berada di dalam Nissan Serena mengalami kecederaan parah, manakala seorang lagi wanita cedera ringan, sementara seorang lelaki tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, enam mangsa yang menaiki Mitsubishi Expander pula selamat dalam kejadian berkenaan.

“Mangsa yang meninggal telah diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, operasi terkawal pada pukul 3.50 petang dan tamat sepenuhnya pada pukul 5.40 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN