fbpx
Gambar janaan AI yang dimuat naik Azrinaz di akaun Instagramnya.

Ucapan menyentuh hati Azrinaz buat hari lahir ke-18 Puteri Ameerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menitipkan ucapan selamat ulang tahun ke-18 buat anak sulung perempuannya, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, menerusi satu hantaran menyentuh hati di media sosial, hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azrinaz, 47, memaklumkan ucapan tersebut mungkin sedikit lewat namun bukan bermakna dilupakan.

Ibu kepada empat orang cahaya mata itu malah mengakui ada tarikh yang ‘hidup senyap-senyap’ dalam kalendar, tetapi kekal abadi dalam jiwa.

“Ibu tidak ada di sana untuk memelukmu ketika badai pertamamu melanda, namun ibu percaya para malaikat berdiri di tempat yang ibu tidak mampu berada.

“Ibu juga tidak ada di sisi pada hari-hari paling sukar buatmu, tetapi setiap doaku mengenal namamu. Usia lapan belas bukan sekadar angka, sayangku. Ia adalah sebuah pintu,” tulisnya.

Azrinaz mengakhiri hantaran tersebut dengan menitipkan harapan agar anaknya melangkah ke alam dewasa dengan keyakinan bahawa dirinya sentiasa disayangi dan didoakan, selain menzahirkan ucapan ringkas.

“Selamat hari jadi, sayang,” tulisnya disertai emoji hati berwarna kuning.

Azrinaz sebelum ini pernah bergelar menjadi isteri kedua Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 2005, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.

Selain Ameerah, Azrinaz mempunyai seorang lagi cahaya mata bersama Sultan Brunei bernama Pengiran Muda Abdul Wakeel, 20.

Azrinaz kembali bergelar isteri kepada Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3 pada 1 Mei 2018.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 6 dan Atheera Medinah, 4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN