fbpx
Nawal Shahirah dilaporkan tidak dapat dihubungi sejak meninggalkan tempat kediamannya di Ryan & Miho, Petaling Jaya, 27 Januari lalu.

Pelajar UM hilang masih belum ditemui, polis siasat semua sudut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelajar Universiti Malaya (UM), Nawal Shahirah Mohd Jamil yang dilaporkan hilang sejak minggu lalu masih belum ditemui setakat ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk meneliti semua petunjuk yang ada bagi mengesan keberadaan mangsa.

“(Orang Hilang) belum balik lagi dan kita siasat semua sudut,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita berusia 23 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak kali terakhir dilihat di sebuah kondominium di Seksyen 14, di sini, pada Selasa lalu.

Pelajar terbabit dikenal pasti sebagai Nawal Shahirah, 23, yang merupakan pelajar Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di UM.

Difahamkan, orang hilang dilaporkan tidak dapat dihubungi sejak meninggalkan tempat kediamannya di Ryan & Miho, Petaling Jaya, pada malam Selasa, 27 Januari lalu.

Selain itu, peranti telefon bimbit dan iPad milik mangsa turut dikesan aktif buat kali terakhir pada malam yang sama sebelum terputus sepenuhnya, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pelajar berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN